Welcome! This is a website that everyone can build together. It's easy!

Tanaman cendawanThis is a featured page


20 Ebook Pelan Bisnes Percuma!!!


SALAM SEJAHTERA SEMUA...

PERHATIAN:

Kepada anda yang berminat menceburi bidang bisnes...

Bila disebut tentang bisnes, ramai yang berminat untuk menceburinya. Ramai yang mengetahui keuntungan yang lumayan sekiranya memasuki dunia bisnes. Tidak kiralah sekecil-kecil bisnes sehingga bisnes yang besar-besar.

Namun, minat tentang bisnes sahaja tidak mencukupi sekiranya anda tidak tahu selok belok dengan dunia bisnes. Macam-macam perkara perlu difikirkan dan dipertimbangkan sebelum anda menjejaki dunia bisnes ini. Perkara yang paling penting di sini ialah menyediakan satu rancangan perniagaan atau lebih dikenali Pelan Bisnes. Tahukah anda apa itu Pelan Bisnes ?


Untuk itu, sila dapatkan 20 Ebook Pelan Bisnes berikut dengan percuma di link dibawah

http://www.perniagaanmalaysia.com/index.php?ref=mawin80


20 Ebook Pelan Bisnes percuma mengandungi

1) Pelan Bisnes Cendawan
2) Pelan Bisnes Burung Puyuh
3) Pelan Bisnes Salon
4) Pelan Bisnes Syarikat Pencetakan
5) Pelan Bisnes Kambing
6) Pelan Bisnes Dobi
7) Pelan Bisnes Makanan Ringan
8) Pelan Bisnes Ikan Keli
9) Pelan Bisnes Restoran
10) Pelan Bisnes Ladang Sayuran
11) Pelan Bisnes Bakeri
12) Pelan Bisnes Baja Organik
13) Pelan Bisnes Katering
14) Pelan Bisnes Ciber Cafe
15) Pelan Bisnes Buah Naga
16) Pelan Bisnes Frozen Food
17) Pelan Bisnes Jahitan
18) Pelan Bisnes Koperasi
19) Pelan Bisnes Lembu
20) Pelan Bisnes Telekomunikasi

CEPAT APA TUNGGU LAGI...DAPATKAN SEMUA SEKARANG DENGAN PERCUMA DI
http://www.perniagaanmalaysia.com/index.php?ref=mawin80


CEPAT DOWNLOAD SEKARANG SEBELUM KEHABISAN PROMOSI LUMAYAN INI...
http://www.perniagaanmalaysia.com/index.php?ref=mawin80




__________________________________________________________________________________________________________________________________









Blog Info Hub Agrotek di

www.jutawanagrotek.blogspot.com
KOLEKSI EBOOK UNTUK ANDA...

Tanaman cendawan - Cendawan Tiram di Gerbang Agrotek


RM 25
Tanaman cendawan - Cendawan Tiram di Gerbang Agrotek


RM25





Tanaman cendawan - Cendawan Tiram di Gerbang Agrotek

RM40









Tanaman cendawan - Cendawan Tiram di Gerbang Agrotek
RM0...percuma!!!



PERHATIAN!!! Sekiranya anda ingin membeli kesemua Ebook2 diatas, hanya perlu membayar RM70 sahaja(diskaun RM20). Juga percuma 3 buah Ebook2 dibawah yang bernilai RM55 dengan setiap pembelian... 1) Ebook: Informasi Penanaman Cendawan (RM10) 2) Ebook: Pengurusan Serangga Untuk Penanaman Cendawan (RM25) 3) Ebook: Teknik Pemasaran Cendawan(RM20)

CARA PEMBAYARAN PEMBAYARAN MELALUI MAYBANK ATAU CIMB Semua bayaran di dalam Ringgit Malaysia (RM) Maybank: 112103005657 Nama : Azuwin bin Ahya Ulpuraed Email: mawinworld@gmail.com Klik untuk masuk ke Maybank2u BOC @ CIMB:12051368715528 Nama : Azuwin bin Ahya Ulpuraed Email: mawinworld@gmail.com Klik untuk ke CIMBCLICKS bayaran dibuat, sila SMS@ call saya di talian 019-6996 100 atau email di mawinworld@gmail.com. Sila nyatakan bank mana pembayaran dibuat, nama penuh, no. rujukan pembayaran untuk pengesahan pembayaran. Sila berikan juga email anda untuk penghantaran ebook. Ebook akan dihantar dalam tempoh 24jam selepas pengesahan dibuat. Terima kasih diatas pembelian anda ________________________________________________________________________________________________



Ebook Koleksi Rancangan Perniagaan
Salam, anda ingin memulakan perniagaan, tetapi tiada maklumat dan panduan? Buntu memikirkannya? Ingin mendapatkan panduan untuk mendapatkan pinjaman bank, MARA etc? Ya...kini lahirnya Ebook Koleksi Rancangan Perniagaan untuk anda. Ebook ini mampu merealisasikan impian anda tanpa anda bersusah payah, kesemuanya ada HANYA DISINI!!! CEPAT DAPATKAN SEKARANG!!! HANYA KLIK DISINI ANTARA KANDUNGAN EBOOK INI… * e-book dan panduan contoh rancangan perniagaan * panduan dan format rancangan perniagaan @kertas kerja pinjaman * contoh kertas kerja pinjaman :
  • Penternakan Lembu
  • Penternakan kambing
  • Penternakan Ikan Keli
  • Pertanian : Tanaman Sayuran
  • Printing @ sulaman
  • Bakery
  • computer hardware reseller (2)
  • internet cafe
  • pembelian mesin sulaman (embroidery) -RM118,000.00-word
  • Pembelian mesin perkilangan makanan ringgan- RM123,000.00 -word
  • Pertenakan kambing dan ikan keli
  • pertenakan Lembu
  • Francais Penanaman Pisang
  • Koperasi
  • Cendawan
  • salun - Word
  • Butik -PDF

# contoh terbaru kertas kerja yang baru diluluskan oleh bank Pembangunan (SME Bank) dalam bentuk word

# Worksheet Borang MARA bawah 50k/Cth borang yang telah siap diisi

# Contoh kertas kerja MARA bagi pinjaman atas RM100,000.00

# PERISIAN PERAKAUNAN DALAM BENTUK EXCELL BAGI USAHAWAN @ PANDUAN PERCUKAIAN INDIVIDU

# Panduan perniagaan bagi : kedai kek,car wash, lanskap dan tadika
________________________________________________________________________________




TEKNOLOGI MAJUKAN INDUSTRI CENDAWAN


AKTIVITI penanaman cendawan kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan
pengusaha bidang pertanian. Namun, disebabkan industri tersebut masih baru di negara ini, ia memerlukan
sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak untuk memastikannya terus berkembang.


Sebenarnya, industri berkenaan mampu untuk berkembang disebabkan ia menerima permintaan yang sangat
menggalakkan dari kalangan pengguna.Ini kerana tumbuhan dari spesies kulat tersebut bukan sahaja boleh
digunakan sebagai makanan, malah ia turut digunakan untuk menghasilkan makanan hiliran lain seperti jus,
sambal cendawan dan juga serunding cendawan.


Bagi mencari platform bagaimana aktiviti penanaman cendawan dapat diperkembangkan melalui penggunaan
teknologi dan inovasi terkini, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menganjurkan Persidangan Dan Pameran
Cendawan Malaysia 2008 (MMCF 2008) Program yang dikelolakan oleh Pusat Penyelidikan Cendawan (MRC)
UM itu telah mendapat kerjasama dari Persatuan Cendawan Malaysia (MAM) dan juga Jabatan Pertanian.


Selain jualan dan pameran cendawan, program tersebut juga telah menunjukkan demonstrasi memasak resipi
cendawan, penjagaan kit cendawan segera dan teknik penanaman cendawan kepada para pengunjung.
Menurut Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti Sains UM, Prof. Dr. Rauzah Hashim, melalui persidangan
seperti itu, golongan seperti pakar-pakar, penyelidik dan juga pengusaha dapat bertukar-tukar pendapat
untuk memajukan sektor tersebut melalui sumber-sumber yang ada.


"Inisiatif seperti ini secara tidak langsung dapat mempromosikan penyelidikan dan pembangunan cendawan melalui
aplikasi."Ia juga bakal memberi manfaat kepada ekonomi negara dan berpotensi untuk menyumbang kepada jaminan
kualiti makanan serta kesihatan masyarakat," katanya selepas merasmikan program tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Untuk membangunkan industri berkenaan, ia bukan sahaja bergantung kepada teknik pelaksanaannya, malah perkongsian
kerjasama dengan negara-negara lain juga penting agar ia dapat dilakukan dengan berjaya melalui pelaburan kos yang efektif.
Negara kita perlu mengambil pengalaman dari negara-negara pengeluar cendawan seperti Jepun, China, Amerika Syarikat
dan juga New Zealand.


Antara jenis cendawan yang di tanam di Malaysia adalah dari spesies tiram kelabu, tiram putih, jeli hitam dan juga bunga kubis.
Setakat ini, MRC telah menghasilkan beberapa kepakaran sistematik melibatkan industri cendawan dari segi bioteknologi,
biodiversiti, kesihatan, pertanian dan alam sekitar.


Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa penganjur persidangan berkenaan, Prof. Dr. Vikineswary berkata, rakyat Malaysia
perlu mengamalkan memakan cendawan kerana selain mempunyai khasiat yang tinggi, ia juga mempunyai kebaikan dari
segi kesihatan."Makan cendawan secara segar adalah paling digalakkan bagi mendapatkan keseluruhan nutriennya,'' katanya.


Menurut beliau, bagi merangsang pertumbuhan industri berkenaan, kerjasama antara universiti dan institusi pengajian tinggi
(IPT) juga penting bagi mewujudkan pelbagai aktiviti dalam kajian mengenai penanaman cendawan. Antara aktiviti yang boleh
dilaksanakan adalah seperti seminar, bengkel, pesta dan juga perkhidmatan bantuan kepada pengusaha yang berminat.
Mengambil contoh UM, mereka ada menjalankan usaha sama dengan beberapa universiti dari luar negara seperti New Zealand
dan San Francisco dalam bidang-bidang berkaitan.


Selain itu, universiti tersebut juga melatih lebih kurang 50 pelajar siswazah yang berminat untuk mendalami kajian cendawan
dalam pelbagai aspek."Kajian-kajian yang dijalankan adalah seperti kandungan enzim di dalam cendawan, teknik penanaman
selain mencari spesies-spesies baru di dalam hutan untuk penyelidikan yang lebih terperinci,'' jelasnya


Sebenarnya, tidak semua spesies cendawan boleh ditanam di Malaysia kerana proses pertumbuhan dan khasiat cendawan
adalah bergantung kepada iklim sesebuah negara.

Justeru, untuk mencari kesesuaian berkenaan, peranan persatuan dan badan penyelidik adalah sangat penting bagi meningkatkan
stimulasi pembiakan dan seterusnya mengekalkan khasiatnya. Di samping itu, agensi-agensi seperti Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian, persatuan-persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga
harus memberi sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.


Sehingga penghujung tahun lalu, sebanyak 334 ladang cendawan telah diusahakan di negara ini yang melibatkan tanaman
secara komersial dan juga secara persendirian.


Daripada jumlah itu, terdapat enam syarikat yang melaksanakan projek berkenaan dalam skala yang besar iaitu melebihi
500 kilogram (kg) sehari manakala 57 syarikat melakukannya secara sederhana yang melibatkan hasil 50 hingga 500 kg sehari.

Sementara itu, sebanyak 260 pengusaha pula melaksanakannya secara kecil-kecilan dengan hasil yang dikeluarkan kurang
daripada 50 kg sehari.Johor merupakan negeri yang paling banyak mempunyai ladang penanaman cendawan dengan
jumlah keseluruhan 67 ladang.


Secara keseluruhannya, negara kita menghasilkan sebanyak 24,000 kg cendawan sehari dan jumlah itu tidak mampu
menampung permintaan yang tidak kurang dari 50,000 kg setiap sahari.



Perintis nugget cendawan

PASIR MAS 15 Dis. - Suasana di tempat kerja yang tidak menggembirakan mendorong Rosmaizan

Che Abdullah, 28, pulang ke kampung dan bertekad untuk berdikari. Bekas juruteknik di sebuah kilang

di Selangor itu berharap dapat mengikut jejak langkah dua kakak dan seorang adiknya untuk menjadi

peniaga atau usahawan biarpun masih belum pasti apa yang perlu diteroka. Selepas tertarik dengan

rasa cendawan goreng yang dijamahnya, dia mula merasakan ia boleh dijadikan perusahaan jika

dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ini termasuk menambah keenakan dan mempelbagaikan

rasanya dan juga pendekatan kreatif untuk memasarkannya. ”Saya memohon untuk menyertai kursus

penanaman dan penyediaan pelbagai resipi daripada tumbuhan itu di bawah kendalian Jabatan

Pertanian Negeri Kelantan di Lundang selama tiga hari pada Jun lalu,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya

di Kampung Atas Pinggir, di sini, baru-baru ini. Katanya, sebaik sahaja selesai kursus berkenaan, dia

memanfaatkan pengetahuan dengan cuba memproses cendawan termasuk sebagai masakan paprik,

rojak, sup, jemput-jemput dan sos cendawan sambil mengajak rakan-rakan mencuba. ”Saya mendapati

cendawan bersalut lebih menjadi kegemaran ramai dan memulakannya dengan hanya bermodal RM20

untuk membeli cendawan kelabu dan tepung dengan memasarkan secara kecil-kecilan bagi

mempromosikannya,” ujarnya.

Percubaan itu katanya, tidak sia-sia kerana kini cendawan itu yang banyak diusahakan oleh penduduk

setempat dikatakan turut mempunyai banyak khasiat sudah mula digemari ramai. ”Melalui promosi yang

dilakukan di ekspo-ekspo perdagangan di negeri ini, saya melihat ia mempunyai potensi besar, apatah

lagi belum ada yang mengusahakannya setakat ini,” katanya. Justeru katanya, sejak diperkenalkan

dengan jualan hanya 20 paket tiga bulan lalu, kini meningkat kepada lebih 100 paket yang diproses dari

enam kilogram cendawan setiap hari. Cendawan itu katanya, diproses secara segar, dikukus kemudian

disalut dengan adunan tepung berperisa lada sulah, lada hitam dan kari yang dijual RM3 bagi setiap peket

seberat 160 gram. Mereka yang membeli, boleh menyimpan agak lama seperti produk dingin beku lainnya

dan pengguna hanya perlu menggoreng dan seterusnya mencicahnya dengan sos yang juga berperisa cendawan.

Menurutnya, dia sedang merancang untuk mengembangkannya termasuk menanam cendawan sendiri apabila

sambutan daripada orang ramai meningkat sehingga 500 paket setiap hari di samping mengekarkan produknya

di semua pasar raya di dalam dan luar Kelantan.


BEKAS DOKTOR TANAM CENDAWAN SHIITAKE


Cendawan satu ketika dulu hanyalah tumbuhan liar, yang banyak didapati pada kayu reput, atas tanah,
dalam hutan dan seperti kata pepatah, kelihatan selepas hujan.

Dengan kata lain, ciri-ciri tersebut menjadikan tumbuhan tersebut tidak mempunyai nilai komersial dan
hanya penting untuk makanan semata-mata.

Itu senario dulu tetapi dengan perkembangan sektor pertanian yang semakin memberangsangkan,
ramai menyedari bahawa cendawan sebenarnya satu tanaman industri yang berpotensi untuk menjana
ekonomi.

Malah, dengan perkembangan bidang bioteknologi, cendawan juga boleh dianggap penyumbang kepada
bidang tersebut kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Berdasarkan statistik 2005, seorang penduduk negara ini makan hanya 324 gram setahun dengan
keperluan sebanyak 8,424 tan setahun.

Jabatan Pertanian bagaimanapun menyasarkan penggunaan cendawan sebagai makanan sebanyak dua
kilogram setahun. Ketika ini, pelbagai cendawan yang popular ditanam di negara ini antaranya Auricularia
sp (telinga kera /jeli hitam), Schizophyllum commune (cendawan kukur), Flammulina velutipes (jarum emas)
dan Agarcius braslllensis (cendawan butang), Spesies lain termasuk Ganoderma sp. (Ling zhi),
Hericum erinaceum (cendawan bunga kubis) Pleurotus cystidiosus (abalone); Pleurotus flabellatus
(tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan
Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu).

Selain cendawan tiram kelabu yang popular sekarang, cendawan lain yang tidak kurang mendapat tempat
di kalangan pengusaha tanaman tersebut ialah shiitake.

Buktinya, seorang doktor perubatan dan keluarganya berjaya mengusahakan tanaman tersebut di Gunung Jerai,
Kedah sejak 1985 lagi. Doktor perubatan terbabit, Dr Shirley Ooi,35, berkata, bapanya, Ooi Chooi Liang, adalah
individu yang bertanggungjawab menggerakkan industri tanaman tersebut sedangkan pada masa itu, tidak
ramai berminat dengan tanaman cendawan. Mereka memulakan perusahaan tersebut dengan modal RM50,000
daripada simpanan sendiri. Ketika itu, sebagai permulaan bapa saya menanam 15 spesies cendawan termasuk
cendawan brazil, butang dan oyster.

“Bagaimanapun, orang Malaysia tidak minat tanam cendawan ketika itu dan bapa saya hampir putus asa,’’
katanya ketika ditemui baru-baru ini. Tidak lama selepas itu, bapanya mengambil keputusan untuk memberi
tumpuan kepada spesies shiitake selain butang.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kanada pada 1996 dan meninggalkan ayahnya untuk meneruskan
perusahaan tanaman tersebut. Ketika di sana, dia mendapat tahu bahawa selain brazil, cendawan shiitake antara
yang popular dan ia mendorongnya untuk meneruskan projek tersebut.

Cendawan, shiitake katanya lebih kejap daripada segi teksturnya, tidak renyuh, tidak berbau dan rasanya juga macam
daging. Ia juga mempunyai nilai perubatan.“Orang gemar menggunakannya sebagai makanan tambahan, masak lemak
cili api dan serunding.

“Sejak itu saya yakinkan bapa saya supaya memberi tumpuan kepada shiitake yang bermula pada 1997,” ujarnya.
Selepas berkhidmat sebagai doktor di Kanadam, beliau kembali ke tanah air untuk meneruskan projek tersebut
bersama bapanya dan nasib mereka bertambah baik apabila salah seorang anggota keluarga mereka bersetuju
melabur RM1 juta pada 2005.

Shiitake atau nama saintifiknya Lentinus edodes mengandungi lentinan iaitu sejenis sebatian anti kanser dan membantu
mengurangkan kesan tumor dan tanpa kolesterol. Namun katanya, kerja menyediakan bahan untuk menanam cendawan
tersebut melibatkan banyak perkara kerana ia merupakan spesies yang sensitif dan memerlukan keadaan bersih terutama
semasa inokulasi.

Kaedah menanamnya lebih kurang sama dengan cendawan lain seperti tiram kelabu yang juga menggunakan polibeg
tetapi perlu ditegakkan.Tanaman cendawan yang diusahakannya juga tidak menggunakan tahi lembu dan lebih mesra
alam iaitu kurang populasi bakteria. Bahan yang digunakan termasuk dedak air, kalsium karbonat dan satu ramuan rahsia.
Benih yang digunakan pula dipilih daripada jenis yang bermutu.

Katanya benih tersebut mestilah yang berbunga besar, batang tebal dan kejap serta mempunyai insang tertutup untuk
proses kultur tisu. Bagi membolehkan ia menghasilkan keluaran lebih baik, benih seharusnya diambil daripada generasi ketiga.

Justeru, meskipun shiitake berasal dari Jepun, proses adaptasi dengan persekitaran di Gunung Jerai menjadikannya sebagai
cendawan hibrid gunung tersebut. Selain itu, ia perlu diubah kepada media oat terlebih dahulu dari kultur tisu sebelum ditanam
sepenuhnya kerana dengan cara ini peluang hidup lebih tinggi berbanding terus kepada kultur tisu.

Polibeg shiitake perlu diletakkan menegak bagi membolehkan misellium nya bergerak dari atas ke bawah dan kemudiannya
membentuk koloni. Mengenai penjagaan pula katanya, apabila cendawan muncul di mulut polibeg dalam tempoh tujuh hingga
sepuluh hari dan ‘rehat’ selama 20 hari.

Selepas 20 hari, ia perlu disiram dalam keadaan polibeg tertutup dan terbalikkan dan akan cendawan akan muncul semula pada
hari kelima.Ia boleh menghasilkan cendawan dalam tempoh tiga atau empat bulan sebelum memulakan penanaman baru.

Menurutnya, pengeluarannya hasil ladangnya kini mencecah 150 kilogram sehari dan ia banyak di pasarkan ke pasar raya-pasar
raya besar. Pada masa sama, beliau juga memanfaatkan media tanaman cendawan tersebut untuk menghasilkan baja kompos.
Baja tersebut digunakan untuk tanaman 25 jenis sayur-sayuran yang turut diusahakannya seperti brokoli di kawasan tersebut.
Selepas sekian lama, beliau bercadang mengembangkan perusahaan tersebut kepada bioteknologi berkaitan farmasutikal
dengan memanfaatkan sebatian lentinan tersebut.

Kawasan ladang tersebut yang kini beroperasi atas nama syarikat AgroBio Future berkeluasan 10 ekar menjadi bukti kesungguhannya
menceburi bidang pertanian selepas meninggalkan kerjaya sebagai doktor.

“Saya ingin menasihati mereka yang ingin menceburi perusahaan cendawan supaya menjaga kualiti dan mencari pasaran terlebih
dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh didapati di www.agrobio_future.com.





Cendawan Komersial - Alah asap dan bau wangi

Pembiakan cendawan tiram kelabu secara komersial bukanlah satu proses yang sukar.
Ia cuma memerlukan suhu yang lembap, tidak terdedah pada cahaya matahari dan
kerja-kerja suntikan benih oleh pekerja mahir, organisma ini juga mempunyai pantang
larang yang perlu dipatuhi.

Klik disini untuk bacaan lanjut...


TEMUI PAKAR2 CENDAWAN SELURUH DUNIA...

Tanaman cendawan - Cendawan Tiram di Gerbang Agrotek
credit to cima-agro.blogspot.com


PENGUSAHA CENDAWAN PERLU ILMU MENCUKUPI

Industri cendawan kini bukan sahaja terdiri daripada petani semata-mata tetapi melibatkan
pelbagai golongan profesional.Ini menunjukkan industri cendawan semakin mendapat
tempat dalam masyarakat kerana konsep penanaman ringkas dan kemas serta
memberikan pulangan lumayan.


Klik disini untuk bacaan lanjut...
TANAM CENDAWAN DARIPADA BAHAN TERBUANG

ALOR STAR 14 Sept. - Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Itulah perumpamaan yang
menjadi pegangan Nordin Ahmad yang kini muncul sebagai pengusaha cendawan tiram berjaya.
Nordin, 48, yang tidak pernah kenal erti patah semangat, gigih mengusahakan tanaman itu
walaupun tidak mempunyai sebarang peralatan yang moden dan canggih.


Klik disini untuk bacaan lanjut...


INOVASI BARU BUNGKUS BUAH


Kotak cendawan
Perkembangan industri pertanian yang semakin rancak sekarang banyak didorong oleh penglibatan
semakin ramai pihak dan memerlukan banyak input memandangkan permintaannya semakin tinggi.
Penggunaan tenaga buruh sebagai contoh juga bertambah menyebabkan kos pengeluaran meningkat
terutama di ladang buah-buahan yang tidak menggunakan jentera atau mesin secara optimum.

Klik disini untuk bacaan lanjut...


SERUNDING DRP CENDAWAN DI MAHA '08

Serdang 14 Ogos (Bernama)- Antara produk yang menarik perhatian di Pameran Pertanian, Kortikultur
dan Agropelancongan (MAHA) 2008 yang sedang berlangsung di sini ialah produk daripada cendawan termasuk
serunding, tempura dan tepung. Produk baru ini diusahakan oleh Sinona Shaari, pengasas syarikat Ladang
Genting Permai Resources, yang mengusahakan ladang cendawan dan produk berasaskan cendawan.

Klik disini untuk bacaan lanjut...


SURIRUMAH BOLEH TANAM CENDAWAN TIRAM DIRUMAH


KUALA LUMPUR 14 OGOS(BERNAMA)- Bagi menyabut seruan agar rakyat berbudi pada tanah, Jaafar Md Amin
telah mengusahakan penanaman cendawan tiram bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tetapi juga bagi tujuan
komersil. Jaafar yang mula berjinak dengan dunia pertanian sejak tamat sekolah menengahnya pada 1982,
berkata penanaman cendawan tiram boleh diusahakan sendiri oleh sesiapa sahaja khususnya suri rumah.

Klik disini untuk bacaan lanjut...


SUNTIKAN R&D TINGKATKAN NILAI TAMBAH CENDAWAN

- Penubuhan Pusat Penyelidikan Agro Biotek UM (menempatkan teknologi termoden pertanian cendawan secara menyeluruh).

Klik disini untuk bacaan lanjut



CENDAWAN KAWAL KANSER?

TANAM CENDAWAN GUNA DVD





PROSPEK INDUSTRI CENDAWAN DIMALAYSIA

Klik disini untuk bacaan lanjut...


F) BAKA BENIH CENDAWAN YANG BARU






G) TEKNIK TERKINI PENANAMAN CENDAWAN YG MENJIMATKAN KOS


Home Mushroom Cultivation with Hydrogen Peroxide





H) INFO FORUM APLIKASI BIOTEKNOLOGI DIDALAM INDUSTRI CENDAWAN

DI MALAYSIA






I) PERKEMBANGAN DALAM PENANAMAN CENDAWAN DI MALAYSIA




J) HALA TUJU DAN INSENTIF INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA




















mawinworld
mawinworld
Latest page update: made by mawinworld , Jan 30 2010, 6:26 PM EST (about this update About This Update mawinworld Edited by mawinworld

3 words added
4 words deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: Cendawan Tiram
More Info: links to this page

Anonymous  (Get credit for your thread)


There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.